Saturday, May 16, 2020

Diskaun Sehingga 50 Peratus Saman Sehingga 21 Mei 2020

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sehingga 50 peratus bagi bayaran saman terpilih yang dibuat secara online selama empat hari bermula dari 18 Mei 2020 hingga 21 Mei 2020.

Korang perlu membuat pembayaran saman di dalam talian melalui portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.


Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata diskaun itu ditawarkan kerana memahami kekangan kewangan dihadapi orang ramai susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan persediaan menyambut Aidilfitri.

“Bagi menringankan beban ini, JSPT menawarkan pemberian diskaun sehingga 50 peratus bagi saman terpilih sekiranya pembayaran dibuat secara dalam talian melalui portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

“Kita juga akan membuka kaunter perkhidmatan membabitkan pembayaran saman serta pembekalan dokumen kemalangan di semua ibu pejabat polis daerah dan kontijen secara berperingkat mulai 18 Mei ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, ia bertujuan memudahkan orang ramai menjelaskan bayaran saman dan pembekalan dokumen berkaitan kes kemalangan bagi tuntutan insurans.

Bagi kontijen negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan, kaunter akan dibuka pada Isnin dan RAbu dari jam 9 pagi hingga 2 petang serta Jumaat (9 pagi hingga 12 tengah hari).

Bagi kontijen di negeri KEdah, Johor, Kelantan dan TErengganu pula, kaunter akan dibuka pada Isnin, Rabu serta Ahad dari jam 9 pagi hingga 2 petang.

“Kita menyeru orang ramai yang ingin berurusan di kaunter berkenaan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

“Orang ramai diminta sentiasa mematuhi PKPB yang sedang dikuatkuasakan demi kebaikan bersama,” katanya

Ha, apa lagi korang tu yang saman berlambak-lambat tu boleh la bayar. 50 peratus bukan sikit banyak tu.

Sumber : Berita Harian

Friday, May 8, 2020

Belangsukawa, Tuan Guru Ismail Kamus Meninggal Dunia


إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ , Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Datuk Ismail Kamus menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.30 tengah malam tadu di kediaman beliau di Ampang.


Berita pemergiannya itu dikongsi oleh Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia menerusi laman Facebook rasmi kira-ra jam 1.00 pagi.

"Tokoh pendakwah tanah air dan pengasas Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Tuan Guru Dato' Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah jam 12.30 pagi, 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang.

"Semoga Allah SWT menempatkan beliau ditempat yang mulia di sisi Allah SWT," kata pusat perubatan berkenaan dalam satu posting di Facebook.

Allahyarham yang berusia 72 tahun sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung dan strok ringan, serta jangkitan kuman di paru-paru.

Menurut Exco Penerangan Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh, veteran Pas itu dimasukkan ke wad sejak 26 April disebabkan keadaaan kesihatan yang agak lemah.

Allahyarham merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Sementara itu, laman Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dibanjiri ucapan takziah daripada orang ramai yang berkongsi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut berkongi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham Ismail.

Di akaun Twitternya, Azmin mendoakan agar Allahyarham  dikurniakan husnul khatimah dan diberikan ganjaran syurga Allah SWT. Al-Fatihah.

Sumber : Astro Awani

Thursday, May 7, 2020

Polis Benarkan Penunggang Motosikal Dan Pengangkutan Awam Merentasi Negeri

Pihak Polis Diraja Malaysia telah membuat keputusan membenarkan penunggang motosikal dan pengguna pengangkutan awam membuat gerak antara negeri bermula hari ini hingga 10 Mei.

Foto Oleh Bernama
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzim Mohamed berkata, keputusan itu dibuat sususlan pertimbangan dan kajian pergerakan laluan di sepanjang lebuh raya dan jalan persekutuan sehingga kini yang didapati berjalan lancar.

"Polis membuat keputusan membenarkan pergerakan antara negeri menggunakan pengangkutan darat yang mempunyai permit yang sah daripada pihak berkuasa dan kepada penunggang motosikal.

"Namun, adalah diingatkan bahawa orang awam yang menggunakan kenderaan pengangkutan awam darat atau penunggang motosikal hendaklah mendapatkan kelulusan pergerakan antara negeri daripada polis menggunakan aplikasi Gerak Malaysia atau secara manual dari balai polis berhampiran.

"Begitu juga syarikat pengangkutan awam pula perlu mempunyai permit yang sah dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan," katanya hari ini.

Huzir berkata lagim pergerakan dalam tempoh itu ditetapkan polis dengan perjalanan hari ini hanya melibatkan mereka yang terkandas di Kuala Lumpur pulang ke kediaman di negeri lain seluruh negara.

"Esok untuk individu dari Perak, Johor dan Kelantan manakala lusa membabitkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang. Ahad ini membabitkan perjalanan dari Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

"Kebenaran pergerakan antara geri hanya untuk orang ramai yang terkandas di kampung yang mahu pulang ke kediaman masing-masing atau mereka yang pergi dan balik kerja sahaja," katanya.

Huzir menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan mengamalkan penjarakan sosial sepanjang masa bagi mengawal penularan wabak Covid-19.

Sumber : Berita Harian

Ayuh Muat Turun Aplikasi MyTrace & Putuskan Wabak COVID-19


MyTrace adalah sebuah aplikasi mudah alih pengesanan kontak yang dibangunkan oleh Kementerian Sais, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama kepakaran tempatan akan membantu mengesan jangkitan Covid-19 melalui pengesanan kontak, sekali gus berupaya memutuskan wabak itu secepat mungkin.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, MyTrace membolehkan kerajaan mengesan individu yang berada berdekatkan dengan pesakit Covid-19 menggunakan belombang 'bluetooth' dengan data itu berupaya disimpan dalam tempoh 21 hari di dalam telefon pintar pengguna.

MyTrace bagaimanapun hanya mengumpul maklumat pengguna yang dirahsiakan dan tidak mengumpul sebarang maklumat geolokasi.

"MyTrace pelengkap aplikasi MySejahtera yang dilancarkan sebelum ini dengan menggunakan 'bluetooth' untuk pengesanan kontak, apabila telefon pintar pengguna MyTrace pengguna berada dalam jarak yang dekat, ia akan kesan kehadiran masing-masing melalui gelombang itu.

"Berdasarkan kekuatan gelombang 'bluetooth' yang dikesan, jarak dan tempoh penemuan pengguna boleh dikenal pasti dan data dikumpul itu boleh disimpan dalam telefon bimbit dalam tempoh 21 hari.

"Pengesanan kontak sangat penting supaya kita dapat mengetahui siapa yang pernah berada berdekatan dengan seseorang yang dikenal pasti positif Covid-19," katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan (PKP di Putrajaya, hari ini.

Sumber : Berita Harian

Wednesday, May 6, 2020

Jadual Pergerakan Dari Negeri-Negeri


Jadual Pergerakan Dari Negeri-Negeri

7 Mei 2020   | Kuala Lumpur
8 Mei 2020   | Perak, Johor & Kelantan
9 Mei 2020   | Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka & Pahang
10 Mei 2020 | Selangor, Negeri Sembilan & Terengganu

Anda tidak perlu ke Balai Polis sekiranya telah mendaftar melalui aplikasi Gerak Malaysia, sebaliknya anda boleh mula bergerak mengikit tarikh yang telah dinyatakan.

Aku mendoakan korang semua sentiasa berhati-hati dijalan raya, dan mematuhi setiap langkah-langkah keselataman dan pencegahan virus.

Safe drive guys.

9 Cara Menjawab Rakan Yang Benci Pakai Tali Pinggang Keledar

Walaupun rakyat Malaysia  sudah menjadi angkasawan dan penyokong MU sudah keluar masuk gua berpuluh kali, masih ada segelintir di antara kita yang tidak percaya memakai talipinggang keledar bila masuk ke dalam kenderaan.


Pelbagai alas an yang diberikan, dan disini kami kongsikan 10 jawapan kepada alas an-alasan mereka itu.

1. Talipinggang keledar menyebabkan lebih banyak kecederaan!

Memang benar dalam pelanggaran berkelajuan tinggi, talipinggang keledar akan menyebabkan kecederaan luaran seperti lebam-lebam. Namun begitu, jika mereka tidak memakai talipinggang keledar, mereka akan terselamat dari lebam-lebam. Mereka akan mengalami kecederaan otak atau tengkorak retak.

2. Talipinggang keledar akan memerangkap saya di dalam kenderaan semasa kemalangan!

Ini memang berlaku tetapi menurut NHTSA (Pengurusan Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan) di Amerika Syarikat, kejadian itu cuma berlaku pada 0.5 peratus dari kemalangan yang berlaku setiap tahun. Fakta sebenarnya ialah talipinggang keledar boleh dibuka dalam masa beberapa saat sahaja dan dengan talipinggang keledar, penumpang kenderaan tidak akan tercampak ke sana ke mari dan mereka tidak akan pengsan. Ini memudahkan untuk mereka keluar dari kenderaan yang terbakar atau tenggelam.

3. Tak perlu talipinggang keledar kerana saya adalah pemandu cermat!

Ucapkan tahniah kerana rakan anda mengaku beliau adalah pemandu cekap dan berdisiplin. Masalahnya ialah rakan anda itu bukanlah satu-satunya kenderaan di atas jalanraya. Banyak kemalangan disebabkan oleh kenderaan lain yang terbabas dan melanggar kenderaan mangsa. Melainkan rakan anda mempunyai kuasa istimewa untuk mengalihkan objek berat menggunakan minda sahaja, minta beliau gunakan talipinggang keledar.

4. Talipinggang keledar tidak penting kerana kereta saya sudah ada beg udara!

Talipinggang keledar direka untuk memastikan anda berada di dalam tempat duduk, dan beg udara direka untuk menyelamatkan anda semasa anda di dalam tempat duduk. Jika anda tidak menggunakan talipinggang keledar, anda akan tercampak dan beg udara itu tidak berfungsi seperti yang direka atau dalam senario paling teruk, beg udara akan mencederakan anda.

5. Saya cuma memandu perlahan dan di kawasan dekat-dekat sini sahaja!

Menurut Perkeso, 55 peratus dari kemalangan berlaku kurang dari 5 km dari tempat kerja. Di US, kebanyakan kemalangan maut berlaku pada kelajuan di bawah 85 kmsj. Dekat dan perlahan terbukit masih mampu membunuh.

6. Kalau tercampak keluar dari kenderaan, kadar kecederaan selalunya rendah!

Sekiranya anda tidak memakai talipinggang keledar, kemungkinan anda tercampak keluar dari kenderaan sangat tinggi kerana tingkap dan cermin kenderaan tidak kuat untuk menampan berat manusia. Selalunya, bila mangsa tercampak, mereka akan dilanggar atau digilis kenderaan lain atau mengalami kecederaan-kecederaan seperti berikut:

  • Luka-luka dalam
  • Pendarahan dalaman
  • Tulang patah
  • Retak tengkorak
  • Kecederaan tulang belakang
  • Kecederaan organ dalaman
  • Gegeran atau kecederaan otak
  • Mangsa selalunya terbunuh atau cedera parah hingga menyebabkan lumpuh atau cacat.

7. Sukahati saya tidak memakai talipinggang keledar. Ia tak membabitkan orang lain!

Dalam kemalangan, mereka yang tidak memakai talipinggang keledar akan menjadi objek yang bergerak. Mereka ini akan menghempap orang lain dan jika mereka adalah penumpang belakang, mereka mampu membunuh penumpang di hadapan. Setiap kali ada kematian, negara akan rugi dari segi sumbangan ekonomi dari mangsa dan setiap kali ada kematian, pihak keluarga juga akan terjejas – baik dari segi emosi mahupun ekonomi.

8. Talipinggang keledar membuat pakaian saya berkedut!

Ya, ini memang benar. Cuma ada satu sahaja caranya – minta rakan anda memandu tanpa memakai baju, ambil gambar dan upload ke Instagram Careta.

9. Memakai talipinggang keledar lambat dan leceh.

Cari kawan lain yang lebih bijak.

Sah ! Liridon Krasniqi Kini Boleh Beraksi Sebagai Pemain Harimau Malaya

Berita yang boleh dikatakan cukup mengembirakan untuk penyokong bola sepak Malaysia. Akhirnya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menerima surat rasmi daripada Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).


Menurut surat rasmi tersebut, FIFA kini memberikan kelulusan kepada FAM untuk menyenaraikan pemain tengah JDT itu dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 yang akan datang.

Berita ini pastinya berita gembira buat ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe yang boleh memanggil pemain JDT ini bila-bila masa bermula sekaran.

Liridon sepatutnya membuat penampilan sulung dalam perlawnan menentang UAE pada bulan Mac lepas, Namun FAM ketika itu belum menerima apa-apa pengesahan daripada pihak FIFA.

"Memang kalau diikutkan perlawanan menentang UAE (Emiriah Arab Bersatu) Liridon sudah boleh bermain, tapi FIFA tidak boleh keluarkan surat selagi dia tidak memenuhi syarat lima tahun berkasi di Malaysia.

"Dia cukup syarat lima tahun pada 25 Mac lalu dan perlawanan kita berdepan UAE sepatutnya pada 26 mac lalu. Selepas penangguhan aksi Kelayakan Piala Dunia, mereka keluarkan surat," kata Stuart.

Liridon merupakan pemain naturalisasi kedua negara selepas tonggak Pahang Mohamadou Sumareh yang sempat beraksi dlaam kejohanan Piala AFF bersama skuad negara pada tahun lepas.

Dengan kehadiran Liridon, ini Tan Cheng Hoe mempunyai banyak pilihan untuk membentuk jentera tengah yang mampan selepas Brendan Gan digantung satu perlawanan menentang UAE.


Untuk seorang lagi pemain di posisi penyerang Guilherme de Paula, statusnya hingga kini masih belum diketahui sehingga hari ini.

Permohonan Baharu BPN Akan Dibayar Pada Pertengahan Mei 2020

Ramai yang tertanya-tanya macam mana dengan mereka yang telah membuat permohonan baru atau rayuan akan dapat keputusan dan bila akan dikreditkan ke dalam akaun bank.

Jadi disini, untuk permohonan baharu dan rayuan yang layak bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuat bermula pertengahan Mei ini.


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, sehingga 29 April 2020, hampir dua juta permohonan baharu dan rayuan telah diluluskan membabitkan jumlah sebanyak RM1.5 bilion.

"Pembayaran fasa kedua BPN bernilai RM3.7 billion sudah dilaksanakan sejak 4 Mei secara berperingkat kepada 8.3 juta penerima B40 dan M40 yang diluluskan sebelum ini.

"Dengan perkembangan terkini, kerajaan menjangka peruntukan tambahan sekurang-kurangnya RM1 billion diperlukan di atas peruntukan asal sebanyak RM10 billion," katanya.

Menurutnya, bagi BPN fasa pertama, pembayaran sebanyak RM5.5 billion telah dibuat kepada 7.78 juta penerima iaitu peningkatan kepada 7.74 juta penerima dengan jumlah sebanyak RM5.47 billion minggu lalu.

"Ia juga membabikan mereka tanpa akaun bank yang telah menunaikan BPN di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)," katanya dalam perkongsian laporan keempat pencapaian pelaksanaan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook rasminya, hari ini.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul turut memberi peringatan kepada orang ramai untuk mematuhi Prosuder Operasi Standard (SOP) dengan serangkap pantun.

Pantunnya berbunyi "Indah sungguh jati di pahat, penyeri peti kamar nakhoda, kalau negara mahu selamat, patuhi SOP dengan setia".

Panduan Cara Semak Bil TNB Secara Online Melalui Desktop

Hari ni aku nak buat satu panduan cara register akaun myTNB Portal. Umum korang da tahu yang pihak TNB tidak akan mengeluarkan sebarang bentuk bil secara fizikal sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Jadi salah satu cara untuk korang membayar bil ataupun nak semak berapa jumlah bil TNB korang adalah dengan melalui myTNB Portal.

Langkah yang pertama sekali koran mestilah buka pelayar internet tak kisah apa-apa jenis pelayar pun boleh. Macam aku, Google Chrome adalah pilihan hati.


Link untuk register akaun myTNB ni https://mytnb.com.my.

Bila korang da masuk ke laman myTNB korang boleh klik dekat New here? Register now !


Lepas tu korang boleh pilih nak register yang mana satu. Ada 3 pilihan. Aku akan pilih Register for myTNB Account ( untuk personal senang )


Okey lepas korang klik register, korang akan di bawa ke halaman seterusnya, korang kena isikan semua tempat kosong seperti gambar di atas tanpa gagal. Kalau ada yang tak lengkap alamatnya memang akan berjaya la korang nak register.

Okey dah sudah isi tempat kosong ? ( macam sekolah lak ).

Korang kene tandakan di kotak kecik yang ada tulis bahasa mat saleh I have read and agreed bla bla bla.

Okey dah boleh klik dekat Create Account.


Langkah seterusnya, korang kene tunggu la email dari TNB untuk dapatkan link pengaktifan. Kalau da dapat email korang just klik link warna biru untuk aktifkan akaun korang tu.


Lepas kau klik link di email, ko akan dibawa ke halaman seperti gambar di atas. Bila ko da dapat kod yang dihantar ke Telefon Bimbit korang tu, masukkan dekat tempat kosong macam gambar kat atas.


haaa. Dia dah mula dah Welcome to the myTNB Portal!

Bagi pemilik rumah. Bagi kau yang menyewa, rumah sendiri, nak bayarkan mak ayah punya bil ke makwe ko punya bil ke ko boleh pilih Individual untuk terukan mendaftar.


Dah klik?

Ko klik lagi dekat add Account (I am a TNB Customer).


Dekat ruangan ni, korang boleh pilih sama untuk Owner atau Non-Owner.

Untuk Owner maksudnya ialah rumah yang ko duduk tu rumah kau sendiri.

Untuk Non-Owner maksudnya rumah yang kau duduk tu rumah sewa ataupun rumah mak ayah kau.


Dekat bahagian Electricity Account Number, kau masukkan nombor akaun bil elektrik kau. Mana nak dapat nombor akaun tu? Kau g amik bil yang lama-lama kau cari. Pasti ada.

Di bahagian Account Nickname pula kau letak la apa yang kau suka.

Lepas tu kau tekan submit.


Lepas kau da tekan submit tu, kau akan dapat notification macam dalam gambar. Kau klik jer dekat kotak kecik lepas tu kau tekan proceed.


Tadaa. Da siap.


Kau tengok gambar dekat atas da ada bil korang untuk bulan April. Okey aku dah lama tak menaip panjang-panjang macam ni

Tuesday, May 5, 2020

PKPB : Kenderaan Persendirian Dibenarkan Bergerak Lepas Jam 10 malam


Minggu ini telah bermula perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan kini tak ada lagi laranagan bagi kenderaan persendirian untuk berada dijalan raya selepas jam 10 malam. Perkara ini telah dinyatakan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Bagi sebarang pergerakan, ketika ini pergerakan antara daerah dibenarkan, jadi tiada lagi had masa bagi pergerakan itu dibuat," katanya tadi.

Dalam sidang medianya yang yang diadakan hari ini, Sabri menjelaskan bahawa larangan pergerakan yang dikenakan ketika perintah kawalan pergerakan sebelum ini tidak lagi terpakai.

"Dalam peraturan baru, tiada (had seperti sebelum ini)," katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Sabri berkata demikian ketika menjawab soalah pemberita berkenaan perkara itu selepas PKPB mula berkuat kuasa semalam.

PKPB : Roadtax Kereta Mati Masih Boleh Memandu - JPJ

Pemilik kenderaan dibenarkan memandu kenderaan jika Lesen Kenderaan motor (LKM) ataupun lesen memandu telah tamat tempoh dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan syarat insurans kenderaan masih hidup.


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kenderaan persendirian masih tertakluk terhadap pengecualian pembaharuan LKM dan lesen memandu dalam tempoh PKP seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong pada 24 Mac yang lalu.

Dalam pada itu, pihak JPJ telah membenarkan Pos Malaysia untuk menjalankan urus niaga pembaharuan lesen memandu dan LKM kenderaan persendirian.

"Pihak JPJ memahami rungutan orang ramai berkenaan dengan pembukaan kaunter urus niaga di pejabat JPJ hanya untuk urusan perdagangan dan beberapa jenis urus niaga sahaja," menurut kenyataan itu.

Pembukaan kaunter urus niaga dibuat secara berperingkat bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak Covid-19.

"Bagi menyokong kelangsungan ekonomi, pembukaan urus niaga berperingkat ini adalah untuk memfokuskan kepada kenderaan perdagangan ataupun komersial sahaja.

"Seterusnya, secara beransur-ansur JPJ akan membuka kaunter urus niaga bagi urusan lain termasuk dengan kenderaan persendirian," menurut JPJ.

Jadi korang tak perlu mengelibas roadtax mati ke lesen mati ke drive sahaja kereta tu. Selepas dari PKP nanti korang boleh perbaharui lesen dan roadtax kereta korang tu.

Ingat pastikan penjarakan sosial, basuh tangan dengan sabun ataupun sanitizer dengan kerap, gunakan penutup mulut jika batuk dan selesema, dan tak perlu keluar rumah jika tidak ada urusan penting.

Monday, May 4, 2020

Jom Bayar Zakat Fitrah Secara Online Bagi Negeri Johor


Bermula 1 Ramadhan 1441 ini, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah menyediakan perkhidmatan bayaran zakat secara dalam talian bagi memudahkan umat Islam menunaikan pembayaran zakat harta dan zakat fitrah.

Susulan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) di bawha Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1986 sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memaklumkan bahawa urusan berkaitan PEMBAYARAN ZAKAN FITRAH DI NEGERI JOHOR dilaksanakan secara atas talian melalui saluran-saluran berikut :

1. Zakat Johor Online Payment
https://epayment.maij.gov.my

2. FAST PAY
http://fitrah.maij.gov.my

3. Johor Online Payment
https://onlinepayment.johor.gov.my

4. SnapNPay QR Code