Sunday, May 3, 2020

Bayaran Pengeluaran i-Akaun KWSP Akan Dikreditkan Bermula 4 Mei 2020

Berita baik buat mereka yang telah lulus permohonan pengeluaran i-Lestari seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita.


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bayaran Pengeluaran i-Akaun yang telah diluluskan akan dikredikan ke dalam akaun bank ahli bermula esok sehingga 18 Mei 2020.

Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias berkata, ahli akan dimaklumkan melalui kemudahan i-Lestari Online sejurus selepas bayaran dikreditkan ke dalam akaun bank mereka sekiranya akaun mereka aktif dan tidak dibekukan.

Menurutnya, tarkih sebenar wang tersedia dalam akaun bank ahli bagi tujuan pengeluaran adalah tertakluk kepada proses pelepasan bayaran di pihak bank msaing-masing, yang mungkin mengambil tempoh masa satu hingga tiga hari dari tarikh KWSP membuat pindahan.

"Sejak pelancaran i-Lestari pada awal bulan April 2020, kami telah meluluskan lebih 3.51 juta permohonan berjumlah RM1.66 bilion.

"KWSP telah mengadakan perbincangan mendalam dengan bank-bank rakan kongsi sepanjang bulan lalu bagi memastikan sistem dan infrastruktur mereka bersedia untuk menerima dan memproses sejumlah wang besar deposit pada satu-satu masa.

"Lanjutan daripada perbincangan itu, kami telah bersetuju kaedah terbaik dan paling selamat adalah melalui pindahan dana harian secara berperingakat dari KWSP ke institusi kewangan.

"Insya-ALLAH jika semuanya berjalan lancar, dijangkakan keseluruhan proses ini akan diselesaikan dalam masa dua minggu atau lebih awal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alizakri berkata, KWSP memahani keperluan mendesak ahli untuk menggunakan wang bagi melalui waktu mencabar ini walaupun terdapat kekhuatiran pengeluaran i-Lestari akan mengurankan simpanan persaraan mereka.

"Kami berharap ahli telah berfikir secara mendalam sebelum memutuskan jumlah yang akan dikeluarkan dari Akaun 2 mereka kerana mereka perlu mengimbangi keperluan tunai semasa dengan keperluan memiliki kewangan yang utuh pada masa depan.

"Setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan, kami menggesa ahli untuk memnbuat janji temu dengan pegawai Khidmat Nasihat Persaraan yang akan membantu mengkaji dan merangka semula rancangan persaraan mereka," katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman akaun dua KWSP berkuat kuasa 1 April lalu bagi membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat.

Inisiatif pengeluaran menerusi i-Lestari itu tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama 12 bulan membabitkan pencarum bawha usia 55 tahun.

Sumber : Sinar Harian